top of page

HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2024: PERINGKAT KUMPULAN UMPSA HOLDINGS ⁣⁣⁣



Unit Keselamatan, Kesihatan, Persekitaran (KKP) dengan kerjasama Unit Sumber Manusia telah menganjurkan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kumpulan UMPSA Holdings (UMPH) bagi tahun 2024.⁣⁣

⁣⁣⁣

Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah ‘Fun Run’, di mana warga kerja Kumpulan UMPSA Holdings telah bersama-sama aktiviti larian atas jalanraya sejauh 3km di sekitar Kompleks UMPSA Holdings dan kawasan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Selain itu, pemeriksaan kesihatan secara percuma telah diberikan kepada semua warga UMPSA Holdings, dibawakan khas dengan kerjasama Hospital Kuantan Clinical Diagnostic Centre (KCDC).⁣ ⁣⁣







Bukan itu sahaja, malah penyampaian Anugerah Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan bagi tahun 2024 telah disampaikan kepada staf teknikal UMPSA Services, yang meliputi beberapa kategori. Tujuan penyampaian anugerah ini adalah sebagai penghargaan kepada warga kerja yang sentiasa mengutamakan keselamatan dalam gerak kerja masing-masing.⁣⁣

⁣⁣




Diharapkan dengan sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini akan memupuk kesedaran kepada semua warga kerja UMPSA Holdings dalam mengutamakan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.




  

 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page