top of page

SAMBUTAN HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2025

UMPSA Holdings telah berjaya menganjurkan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) 2025 pada 16 Oktober 2025, bertempat di Dewan Aras 2, Kompleks UMPSA Holdings.


Program ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik yang bertujuan untuk memupuk kesejahteraan fizikal dan mental dalam kalangan warga kerja.


ree

Antara pengisian utama program ini ialah:

  • Sesi ceramah kesihatan mental oleh Dr. Hazwani dari Klinik Ar-Razi, yang menekankan kepentingan keseimbangan emosi dan ketahanan diri di tempat kerja.

  • Pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Ar-Razi yang menggalakkan kakitangan mengambil langkah proaktif ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

  • Sesi regangan dan senaman ringan dikendalikan oleh GEM-Asia Training bagi meningkatkan tenaga dan semangat berpasukan peserta.


Turut diadakan majlis penyampaian hadiah bagi Pertandingan Video TikTok Merdeka. Tahniah kepada semua pemenang!:

  1. Muhammad Haziq Zamri

  2. Siti Nur Ain Che Adan

  3. Ruzaida Mansor

  4. Muhammad Hafiy Shamsul Bahrain


Melalui inisiatif ini, UMPSA Holdings terus memupuk persekitaran kerja yang selamat, sihat dan positif selaras dengan komitmen berterusan kami terhadap kesejahteraan warga kerja dan kecemerlangan tempat kerja.



ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree



 
 
 

Comments


bottom of page