top of page

AIGA 2022

Marketing & Communication

20 Jan 2023

Anugerah Integriti, Governans Dan Antirasuah (AIGA) 2022 anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM)

Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governans Dan Antirasuah (AIGA) 2022 anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyaksikan UMP Holdings Sdn. Bhd. berjaya merangkul anugerah gangsa. Majlis tersebut yang telah berlangsung di Auditorium, Institut Integriti Malaysia pada 17 - 18 Januari 2023 telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof.⁣

Ahli Lembaga Pengarah UMP Holdings Sdn. Bhd., Tuan Haji Basharudin Bin Saad, telah mewakili UMPH bagi menerima sijil penyertaan dan anugerah dalam majlis tersebut. Sebagai rekod, UMPH pertama kalinya telah menyertai AIGA 2020 di peringkat Negeri Pahang dan beroleh anugerah perak.⁣


UMPH sekali lagi menyertai AIGA 2022 yang telah dipertandingkan di peringkat Kebangsaan yang mana telah mendapat penyertaan sebanyak 116 daripada agensi awam dan swasta.⁣


UMP Holdings Sdn. Bhd. amat berbesar hati dengan penganugerahan yang telah diberikan oleh pihak IIM dan akan terus menjalankan perniagaannya dengan penuh integriti dan telus. Tahniah diucapkan kepada UMP Holdings Sdn. Bhd.!⁣


“DO THE RIGHT THING EVEN WHEN NO ONE IS WATCHING”

UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page