

Marketing & Communication
1 Mar 2023
UMPH sebagai penanda aras dengan mempelajari lebih lanjut mengenai pengurusan, operasi, dan inovasi yang diaplikasikan di UMPH.
UMP Holdings (UMPH) telah menerima satu kunjungan hormat daripada UKM Holdings Sdn. Bhd. (UKMH), sebuah entiti pengkomersialan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tujuan lawatan ini adalah untuk salah satu inisiatif UKMH menjadikan UMPH sebagai penanda aras dengan mempelajari lebih lanjut mengenai pengurusan, operasi, dan inovasi yang diaplikasikan di UMPH. Penekanan juga diberikan kepada kemungkinan kolaborasi antara UKMH dan UMPH dalam rangka meningkatkan potensi perniagaan, pengembangan sumber daya manusia dan hubungan korporat yang boleh dijalin antara kedua belah pihak.
Kunjungan ini diharapkan akan memperkukuhkan hubungan antara UKMH dan UMPH serta membuka ruang kerjasama yang produktif antara kedua entiti ini.
