Marketing & Communication
25 Jan 2023
Pendedahan dan latihan kepada warga Kompleks UMP Holdings tentang tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan atau bencana serta menilai kesiapsiagaan warga Kompleks UMP Holdings.
Isu mengenai keselamatan dan kesihatan pekerja merupakan agenda utama di dalam sesebuah organisasi pekerjaan. Justeru itu, Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan dan Pesekitaran Pekerjaan Pengurusan Fasiliti UMP Holdings telah bertanggungjawab untuk mengadakan Latihan Keselamatan Kebakaran Pengungsian Bangunan dengan kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Taman Tas pada 25 Januari 2023.
Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada warga Kompleks UMP Holdings tentang tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan atau bencana serta menilai kesiapsiagaan warga Kompleks UMP Holdings dalam menghadapi bahaya kebakaran sebenar. Di samping itu, latihan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada ahli Pelan Tindakan Kecemasan (ERT) dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pasukan petindak cepat dalam membantu warga Kompleks UMP Holdings mengosongkan bangunan.
Latihan kebakaran tersebut tamat kira-kira jam 10.15 pagi.
©2023 by UMP Holdings Group. All Rights Reserved
Best viewed using Google Chrome or Microsoft Edge
Tender | Governance | Career | Contact Us