top of page

Majlis Pembukaan Karnival Sukan UMP Holdings 2023

Marketing & Communication

9 Mar 2023

Moh Bersukan, Aokmer!⁣

UMP Holdings (UMPH) dengan bangga membawakan Majlis Pembukaan Karnival Sukan Kumpulan UMP Holdings, satu inisiatif untuk memupuk semangat kesukanan dan penyatuan silaturahim dalam kalangan warga kerja UMPH. ⁣


⁣Pembukaan Karnival Sukan UMPH dimulakan dengan gimik perasmian oleh Tn. Syed Alwi Bin Mohamed Sultan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMP Holdings diikuti dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi acara Karom, iaitu acara pertama yang dipertandingkan sepanjang karnival ini.⁣

Majlis ini juga diserikan lagi dengan persembahan sorakan daripada setiap rumah sukan. Rumah sukan Dandelion telah berjaya memenangi acara Sorakan Rumah Sukan tersebut.⁣

Dengan pembukaan karnival ini, diharapkan agar warga kerja UMPH menunjukkan semangat kesukanan dan kebersamaan yang baik sepanjang karnival ini berlangsung.⁣

UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page