Ceramah Integriti Gallery
Ceramah Integriti Gallery
Marketing & Communication
2 Dec 2022
Disampaikan oleh penceramah terkenal, Saudara Syamsul Debat.
Alhamdulillah, UMP Holdings Sdn. Bhd. (UMPH) dengan jayanya telah menganjurkan Program Ceramah: Integriti Cerminan Iman & Keperibadian yang telah disampaikan oleh penceramah terkenal iaitu Saudara Syamsul Debat pada hari ini, 1 Disember 2022.
Lebih daripada 200 kakitangan Kumpulan UMPH yang terdiri daripada Barisan Pengurusan Tertinggi, Eksekutif, Kumpulan Sokongan dan Pekerja Am syarikat telah menghadiri program ini yang berlangsung di Dewan Kompleks UMPH.
Program ini adalah salah satu inisiatif UMPH melalui Unit Integriti & Governans (IGU) dalam usaha memperkasakan jati diri dan menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti terutamanya dalam kehidupan seharian setiap Muslim dimana amanah dan integriti adalah dua perkara penting yang menjadi cerminan kepada keimanan seseorang.
Syamsul Debat yang terkenal dengan ceramahnya berunsurkan nasihat dan diselitkan dengan lawak jenaka berjaya mencuit hati para pendengar tadi.
Moga perkongsian ceramah yang disampaikan mengenai isu-isu integriti dan etika dapat diamalkan oleh setiap warga UMPH dalam menggalas amanah yang diberikan syarikat.
©2023 by UMP Holdings Group. All Rights Reserved
Best viewed using Google Chrome or Microsoft Edge
Tender | Governance | Career | Contact Us