top of page

Sesi Pembentangan Cadangan-Cadangan Projek Pembangunan Ekonomi dan Inovasi Bersama Tan Sri Nazir Razak

Marketing & Communication

19 Jan 2023

Satu sesi pembentangan mengenai cadangan-cadangan pembangunan ekonomi, projek penyelidikan dan inovasi sebagai input kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Pahang (MTEN) telah diadakan di Hotel Zenith, Kuantan pada 16 Januari 2023.

Sesi pembentangan ini telah dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Prof. Ts. Dr. Kamal Zuhairi serta Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMP Holdings bersama-sama Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak, untuk diangkat kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Pahang. ⁣⁣

UMP Holdings bersama-sama dengan UMP sentiasa bersedia membantu segala usaha untuk memartabatkan pembangunan dan kelestarian ekonomi negeri Pahang dan seluruh Malaysia.

UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page