CERAMAH KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH AKTA SPRM 2009
- Edry Irman Izhar
- Dec 2, 2025
- 1 min read
Kumpulan UMPSA Holdings terus komited dalam memperkukuh budaya kerja yang telus, bertanggungjawab dan beretika. Hari ini, warga kerja Kumpulan UMPSA Holdings berpeluang mengikuti sesi Ceramah Integriti: Kesalahan-Kesalahan di Bawah Akta SPRM 2009, yang berlangsung di Dewan Aras 2, Kompleks UMPSA Holdings.

Program anjuran Jabatan Integriti & Governans UMPSA Holdings ini memberi pendedahan yang sangat penting kepada seluruh staf mengenai bentuk-bentuk kesalahan yang boleh dikenakan tindakan di bawah akta tersebut, sekali gus meningkatkan kesedaran terhadap risiko, batasan undang-undang dan amalan kerja berintegriti dalam organisasi.
“Pemahaman yang jelas tentang Akta SPRM 2009 amat penting bagi setiap warga organisasi. Ia menjadi rujukan praktikal dalam memastikan setiap amanah dilaksanakan dengan telus dan berakauntabiliti,” ujar Ketua Jabatan Risiko, Integriti dan Pematuhan UMPSA Holdings, Puan Ismawarni Ismail ketika memberi ucapan.
Sesi penerangan disampaikan oleh Tuan Mohamad bin Hussain, Ketua Penolong Kanan Penguasa (KPKPs), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang, yang berjaya memberi penjelasan jelas, mudah difahami dan relevan dengan situasi kerja harian.
Terima kasih kepada SPRM Negeri Pahang atas kerjasama dan kesudian berkongsi ilmu, serta kepada semua staf yang hadir dan memberikan komitmen penuh dalam menjayakan program ini.
Kumpulan UMPSA Holdings akan terus memperkasa budaya integriti demi kecemerlangan organisasi secara menyeluruh.
#UMPSAHoldings #UMPSA #FadzilIdris #Synbion #SPRM #SPRMPahang #CeramahIntegriti #AmanahDanIntegriti #PencegahanRasuah #Integriti #TadbirUrus #Governans #BudayaIntegriti #PemantapanIntegriti












Comments