CERAMAH KESIAPSIAGAAN BENCANA BANJIR
Banjir bukan sekadar isu cuaca tetapi ujian kepada kita. Oleh itu, sejauh mana kita bersedia bertindak pantas apabila kecemasan berlaku.
Dalam sesi perkongsian yang berlangsung di Kompleks UMPSA Holdings , PgKB II Arief Fikry bin Yusof telah berkongsi panduan praktikal di lapangan tentang cara menilai risiko awal, mengelakkan kesilapan lazim ketika menyelamatkan diri, serta menguruskan proses pemulihan pascabanjir dengan lebih sistematik dan selamat.
Diharapkan pendedahan ini dapat meningkatkan kepekaan dan keyakinan seluruh warga kerja UMPSA Holdings dalam melindungi diri, keluarga serta komuniti setempat sekiranya berdepan situasi luar jangka.
Terima kasih diucapkan kepada JBPM Pahang atas kerjasama dan perkongsian yang sangat bermanfaat.



Comments