top of page

Empat Batang Lapan: Pengkisahan Dari Tirai Besi

UMPSA Holdings melalui Bahagian Risiko, Integriti & Pematuhan bersama Jabatan Sumber Manusia telah melaksanakan satu Sesi Perkongsian Integriti bertajuk “Empat Batang Lapan: Pengkisahan Dari Tirai Besi”, yang menumpukan kepada penghayatan nilai integriti melalui perkongsian pengalaman sebenar.



Disampaikan oleh Ustaz Shafiee Hussin, beliau pernah berkhidmat sebagai sarjan mejar di penjara. Sesi ini memberikan pendedahan mendalam mengenai realiti kehidupan di sebalik tirai besi serta implikasi sosial dan peribadi akibat salah laku. Perkongsian ini turut mengupas kepentingan membuat keputusan berasaskan nilai, serta peranan integriti dalam membentuk ketahanan diri dan kesejahteraan masyarakat.


Program ini mencerminkan peranan UMPSA Holdings sebagai entiti yang bukan sahaja memacu pembangunan ekonomi, malah turut menyumbang kepada pembentukan masyarakat berintegriti melalui pendekatan pendidikan dan kesedaran.




 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebih Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

Off Jalan Chan Sow Lin,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page