top of page

Integriti Tanpa Kompromi: Kupasan Akta SPRM 2009

Kumpulan UMPSA Holdings (UMPSAH) menerusi Jabatan Integriti & Governans di bawah Bahagian Risiko, Integriti & Pematuhan telah menganjurkan Sesi Perkongsian Integriti bertajuk "Integriti Tanpa Kompromi: Kupasan Akta SPRM 2009". Program ini merupakan langkah proaktif organisasi dalam memperkasakan pemahaman terhadap kepatuhan undang-undang, pencegahan rasuah, serta penerapan amalan tadbir urus terbaik dalam persekitaran kerja.



Sesi ini menampilkan penceramah jemputan khas, Ps. Thilak Munusamy, Penguasa Cawangan Swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang memberikan pendedahan secara mendalam mengenai Akta SPRM 2009 serta tanggungjawab warga korporat.


UMPSA Holdings kekal komited dan berpendirian teguh dalam membudayakan integriti tanpa kompromi di setiap peringkat perniagaan dan perkhidmatan. Melalui pendedahan berterusan seperti ini, pihak syarikat bertekad untuk memastikan seluruh warga kerja sentiasa berpegang kepada prinsip ketelusan, akauntabiliti, dan etika kerja tinggi demi mengekalkan kepercayaan serta kecemerlangan organisasi.




 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page