top of page

Jalinan Kerjasama: Kunjungan UPNM Holdings ke UMPSA Holdings

UMPSA Holdings berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada UPNM Holdings Sdn Bhd ke Kompleks UMPSA Holdings dalam satu sesi pertemuan yang penuh berimpak.



Kunjungan ini telah membuka ruang perbincangan strategik antara kedua-dua pihak bersama barisan pengurusan kanan UMPSA Holdings termasuk Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris. Delegasi UPNM Holdings diwakili oleh Encik Khairulnizam bin Othman, Pengurus Besar UPNM Holdings Sdn. Bhd. juga bersama Lt Kol Azman bin Abdul Razak (B) selaku Komandan Pusat Latihan dan Kepimpinan UPNM, Jelebu.


Perbincangan tertumpu kepada potensi kerjasama dalam pelbagai bidang dan aspek berkaitan.


Dalam masa yang sama, pihak UPNM Holdings turut berkongsi mengenai kemudahan serta peranan Pusat Latihan dan Kepimpinan UPNM yang terletak di Kem Kongkoi sebagai platform pembangunan kepimpinan dan latihan berstruktur.


Diharapkan jalinan ini menjadi titik permulaan kepada kolaborasi yang lebih luas dan berterusan, khususnya dalam melahirkan pemimpin masa hadapan yang berdaya saing serta memperkukuh pembangunan modal insan negara.




 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page