top of page

Jalinan Strategik: UMPSA Holdings x Maran Hill

Kumpulan UMPSA Holdings telah menganjurkan program kerjasama strategik bersama Maran Hill dan Majlis Daerah Maran (MDM) bertempat di Kuantan, Pahang. Program dimulakan dengan sesi pembentangan perniagaan yang dijalankan di Sri Manja Boutique Hotel bagi memberi pendedahan lanjut mengenai cadangan pemulihan Maran Hill Golf & Resort.



Acara diteruskan dengan penganjuran kejohanan persahabatan ‘UMPSA Holdings x Maran Hill Golf Resort Corporate Clash’ bertempat di Mahkota Golf & Country Club. Penganjuran ini bertujuan memupuk semangat kesukanan korporat serta membina jaringan strategik bagi menggalakkan ruang kerjasama perniagaan, pelaburan bersama (joint venture), dan peluang komersial pada masa hadapan.


Program ini dihadiri oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, serta Ketua Divisyen Pembangunan Perniagaan Strategik, Dato' Sri Dasyarina Sarilah, bersama barisan pengurusan kanan syarikat.


Sesi ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat dan rakan strategik lain, termasuk Yang DiPertua Majlis Daerah Maran, Tuan Muhamad Anuarudin Mohd Yusoff@Ahmat, serta Ahli Majlis di Majlis Daerah Maran, YH Dato' Halimi Kamaruzzaman. Turut serta ialah pihak pengurusan dan ahli kelab Clubhouse Maran Hill Golf & Resort, serta rakan-rakan kerjasama strategik yang lain.


Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua jemputan dan peserta yang menjayakan program ini. Semoga sinergi yang terjalin dapat memperkukuh pertumbuhan perniagaan dan pembangunan ekonomi di Pahang.perkukuh pertumbuhan perniagaan dan pembangunan ekonomi di Pahang.




 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page