Kesinambungan daripada Pembukaan Karnival Sukan UMPSA Holdings yang kembali memeriahkan suasana, acara yang seterusnya iaitu acara Bola Jaring telah diadakan pada 5 September 2024.
Bertempat di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, sambutan daripada warga kerja UMPSA Holdings amat memberangsangkan, di mana setiap rumah sukan menghantar wakil terbaik mereka untuk merebut kemenangan dalam acara ini. Semangat kesukanan yang tinggi, serta sokongan yang jitu diberikan oleh ahli rumah sukan masing-masing.
Nantikan acara-acara seterusnya dan lebih banyak lagi acara yang menarik menanti warga kerja Kumpulan UMPSA Holdings.
Moh ler bersukan, aokmer!
Comments