Kunjungan Hormat ke Majlis Daerah Maran
- Nur Syazwani Mohd Nasir
- 6 hours ago
- 1 min read
UMPSA Holdings Sdn. Bhd. mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Daerah Maran pada 10 Julai 2026, diketuai oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris.
Kunjungan ini disambut oleh Yang Di-Pertua Majlis Daerah Maran, En. Muhammad Anuarudin bin Mohd Yusoff beserta pegawai, sebagai medan perbincangan awal ke arah kerjasama dalam bidang teknologi hijau (green technology).
Diharapkan hubungan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin ke arah kerjasama strategik dalam bidang teknologi hijau, seterusnya menyumbang kepada pembangunan mampan di peringkat daerah.





