Kunjungan Hormat UMPSA Holdings ke Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara
Sesi kunjungan hormat UMPSA Holdings ke Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara bagi memperkukuh hubungan strategik, bertukar pandangan serta meneroka peluang kerjasama dalam bidang latihan, pensijilan kompetensi dan pembangunan modal insan.
Sesi ini diwakili oleh Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan Strategik UMPSA Holdings, Dato' Seri Dasyarina Sarilah Daud bersama barisan pengurusan, serta disambut oleh Ketua Eksekutif ABM Wilayah Utara, PMr. Br. Mohd Nazri Zakaria dan Ketua Unit Profesional, Ir. Ts. Pais Saedin.
Semoga jalinan kerjasama ini dapat memacu pembangunan modal insan serta melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi demi industri.




Comments