KUNJUNGAN HORMAT UMPSA HOLDINGS KE IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN (IPK) TERENGGANU
UMPSA Holdings telah mengadakan satu sesi kunjungan hormat kepada Ketua Polis Terengganu, YDH DCP Dato' Mohd Khairi bin Khairudin, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.
Kunjungan ini diwakili oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, serta Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan Strategik, Dato' Sri Dasyarina Sarilah Daud, bersama barisan delegasi UMPSA Holdings.
Sesi perbincangan ini menjadi platform strategik bagi kedua-dua pihak meneroka peluang kerjasama yang berteraskan pemerkasaan teknologi, pembangunan modal insan, serta perkhidmatan konsultasi teknikal bagi membawa manfaat bersama.
UMPSA Holdings sentiasa komited dalam memperkukuh jaringan kolaborasi bersama agensi penguatkuasaan dan keselamatan demi kesejahteraan serta kemajuan bersama.




Comments