KUNJUNGAN HORMAT UMPSA HOLDINGS KE UniKL MIMET

UMPSA Holdings telah mengadakan satu sesi kunjungan hormat ke Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) bersama Ts. Dr. Zaimi bin Zainal Mukhtar.
Kunjungan ini diwakili oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, serta Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan Strategik, Dato' Sri Dasyarina Sarilah Daud.
Sesi ini menjadi platform terbaik untuk memperkukuh hubungan strategik, bertukar pandangan serta meneroka peluang kerjasama dalam bidang teknologi marin, pembangunan industri dan latihan teknikal.
Dalam kunjungan tersebut, delegasi UMPSA Holdings berpeluang melawat limbungan kapal (shipyard) bagi melihat dengan lebih dekat operasi, kemudahan, serta perkembangan teknologi terkini dalam industri pembinaan dan penyelenggaraan kapal
UMPSA Holdings sentiasa komited untuk meneroka potensi kerjasama industri serta memperkasakan inovasi dan teknologi demi kemajuan bersama.



Comments