top of page

Latihan Pengosongan Bangunan (Fire Drill) di Kolej Kediaman 3 dan 4, UMPSA Kampus Gambang

Latihan Pengosongan Bangunan (Fire Drill) di Kolej Kediaman 3 dan 4, UMPSA Kampus Gambang telah berjaya dilaksanakan pada 9 dan 13 Januari 2026.



Program ini dianjurkan oleh Unit Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (KKP) UMPSA Holdings dengan kerjasama pihak keselamatan serta pengurusan Kolej Kediaman 3 dan 4, juga penglibatan anggota Bomba daripada Balai Bomba Dan Penyelamat Taman Tas, bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan penghuni kolej dalam menghadapi situasi kecemasan seperti kebakaran.


Latihan ini bermula pada pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam dan melibatkan seramai 752 orang peserta yang terdiri daripada penghuni kolej kediaman 3 dan 4.


Program turut diserikan dengan kehadiran Pengetua Kolej Kediaman 3 dan 4, iaitu Puan Rosjuliana Hidayu Rosli serta Encik Nasrul Salim Pakheri sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh aspek keselamatan dan kesejahteraan warga kampus UMPSA.


Ini menandakan komitmen UMPSA Holdings dalam memastikan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan warga kampus sentiasa diberi keutamaan.




 
 
 

Comments


bottom of page