top of page

PENYELENGGARAAN FASILITI BERTERUSAN OLEH UMPSA SERVICES DI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

UMPSA Holdings Sdn. Bhd., melalui anak syarikatnya, UMPSA Services Sdn. Bhd., sekali lagi membuktikan kredibiliti dan kepakaran dalam pengurusan fasiliti selepas diberi tanggungjawab untuk melakukan pengurusan fasiliti di tiga premis utama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia iaitu di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Pusat Latihan Perhutanan Kepong dan Taman Eko Rimba Kuala Lumpur.


Skop kerja meliputi perkhidmatan pembersihan menyeluruh (pejabat, dewan, tandas, perpustakaan, bilik kuliah, kediaman pelajar) serta aktiviti landskap. Dengan pasukan terlatih dan kelengkapan moden, UMPSA Services menekankan keselamatan, kualiti dan kecekapan dalam memastikan premis sentiasa dalam keadaan bersih, selamat dan teratur.


“Kepercayaan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia menjadi pemacu kami untuk mengekalkan standard tinggi dalam setiap operasi dan memastikan penyelenggaraan fasiliti berjalan lancar,” jelas Hairuddin Idris, Pemangku Pengurus Besar UMPSA Services.


UMPSA Services terus memainkan peranan dalam menyokong pengurusan fasiliti yang berdaya saing, selamat dan berkualiti, selaras dengan keperluan industri dan agensi kerajaan.

 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page