Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026
- Nur Syazwani Mohd Nasir
- 7 hours ago
- 1 min read
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang meraikan. Di hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menyemai semangat silaturahim dan bermaaf-maafan. Semoga Aidilfitri menjadi saat untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga, rakan dan komuniti.
Dalam kegembiraan menyambut raya, kita juga tidak lupa akan saudara-saudara kita yang menghadapi ujian konflik di peringkat global yang memberi kesan kepada dunia. Semoga kita sentiasa bersyukur atas nikmat yang ada dan bijak mengurus kewangan serta sumber yang diberikan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.




Comments