SESI TOWNHALL UMPSA HOLDINGS 2026
Sesi Townhall UMPSA Holdings bersama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris telah diadakan dengan penglibatan seluruh staf Kumpulan UMPSA Holdings di Dewan Kompleks UMPSA Holdings. Majlis ini menjadi platform untuk pihak pengurusan berkongsi perkembangan terkini, hala tuju serta perkara-perkara berkaitan syarikat. Sesi ini turut memberi peluang kepada warga kerja Kumpulan untuk mendapatkan maklumat dan memahami perkembangan semasa organisasi.

Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris turut mengadakan sesi soal jawab secara rawak bersama staf. Sesi ini memberi peluang kepada kakitangan untuk berinteraksi secara langsung bersama beliau serta mendapatkan penjelasan mengenai hala tuju syarikat, strategi pertumbuhan dan perkara berkaitan operasi organisasi. Pendekatan ini turut menggalakkan komunikasi dua hala antara pihak pengurusan dan warga kerja.
Sesi cabutan bertuah turut diadakan melibatkan 31 orang staf terpilih. Inisiatif ini menjadi salah satu bentuk penghargaan pihak pengurusan kepada staf atas kerjasama, komitmen dan sokongan yang diberikan dalam melaksanakan tanggungjawab serta menjayakan pelbagai aktiviti syarikat.
Townhall ini membuktikan keberkesanan platform komunikasi terbuka dalam memperkukuh hubungan antara pengurusan dan staf, menggalakkan perkongsian idea, dan memberi inspirasi kepada seluruh kakitangan untuk terus komited dalam misi kumpulan. Ia juga menekankan kepentingan kepimpinan yang telus, responsif, dan mesra staf dalam memacu pertumbuhan organisasi secara holistik.












Comments