Tahniah atas Pelantikan!
- Nur Syazwani Mohd Nasir
- Aug 5
- 1 min read
Kumpulan UMPSA Holdings dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Ts. Dr. Che Ku Mohammad Faizal Che Ku Yahya atas pelantikan sebagai Yang Menjalankan Fungsi Bendahari/Ketua Pegawai Kewangan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2026.
Sebagai entiti korporat dan rakan strategik universiti, UMPSA Holdings komited untuk terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan baharu dalam memperkukuhkan tadbir urus serta pengurusan kewangan yang mampan. Sinergi teguh ini amat penting dalam memacu agenda pengkomersialan, menjana nilai ekonomi, dan menyokong aspirasi UMPSA sebagai hab TVET termaju menjelang tahun 2030.




Comments