top of page

Taklimat Keselamatan & Bancuhan Bahan Kimia – UMPSA Holdings x JPSM

UMPSA Services melalui UMPSA Holdings telah menjalankan sesi taklimat keselamatan serta kaedah bancuhan bahan kimia kepada pekerja kebersihan yang dilantik untuk projek bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Taklimat ini dijalankan secara berfasa di tiga lokasi utama iaitu Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Taman Eko Rimba Bukit Nenas, dan Bahagian Latihan Perhutanan, Kepong.



Program ini diadakan bertujuan meningkatkan pemahaman staf terhadap aspek keselamatan, termasuk teknik pengendalian bahan kimia yang betul, langkah mitigasi risiko, serta amalan operasi yang selamat dan efisien di lapangan. Setiap sesi disampaikan secara praktikal dan sistematik untuk memastikan staf benar-benar memahami situasi kerja sebenar.


Melalui inisiatif ini, UMPSA Holdings menegaskan komitmen dalam menyediakan tenaga kerja yang kompeten, berdisiplin dan terlatih, sekaligus memastikan setiap tugasan dijalankan mengikut piawaian keselamatan yang ditetapkan serta memenuhi kepercayaan dan harapan pihak klien.



 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebih Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

Off Jalan Chan Sow Lin,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page