top of page

UMPSA Holdings Adakan Sesi Perbincangan Teknologi Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

UMPSA Holdings telah mengadakan sesi pertemuan dan perbincangan strategik bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada 16 Disember 2025 di Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya, bagi meneroka potensi kerjasama teknologi dalam menyokong operasi penyelamatan dan forensik.



Delegasi UMPSA Holdings diketuai oleh Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings, bersama wakil pengurusan UMPSA Holdings dan Synbion Sdn. Bhd. Sesi ini telah disambut oleh YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM, bersama pegawai kanan JBPM.


Perbincangan memberi tumpuan kepada aplikasi E-Anfun dan potensi penggunaannya dalam operasi penyelamatan serta forensik, di samping meneroka peluang kerjasama teknologi pada masa hadapan.


E-Anfun adalah sensor bau elektronik (E-Nose) untuk mengesan dan memantau bau dalam pelbagai industri. Ia menggunakan sistem kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) dan pangkalan data saintifik, sesuai untuk pemantauan alam sekitar, kualiti bahan, keselamatan, serta sektor pertanian, makanan, automotif serta minyak dan gas.


Untuk sebarang pertanyaan berkaitan E-Anfun dan maklumat lanjut, sila hubungi suhaimi@umpsaholdings.my.




 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page