top of page

UMPSA Holdings Kunjung Bahagian Pengurusan Hartanah JPM

UMPSA Holdings telah mengadakan kunjungan hormat pertama ke Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya sebagai untuk memperkenalkan dan berkongsi kepakaran bersama rangkaian perkhidmatan termasuk produk-produk oleh syarikat. Lawatan ini melibatkan wakil-wakil UMPSA Holdings, iaitu Haji Alif Falatin Abdul Latif, Ketua Operasi dan Projek UMPSA Holdings, Encik Mohd Lokman Che Jusoh, Pengurus Synbion Sdn. Bhd., Encik Khalil Firdaus Mustafa, Pengurus Pengurusan Fasiliti UMPSA Services Sdn. Bhd. serta Puan Nor Aini Abdul, Ketua UMPSA Consultancy Sdn. Bhd.


ree

Delegasi UMPSA Holdings telah disambut oleh Encik Sharulfaizal Tahar, Timbalan Setiausaha Bahagian II, Seksyen Dasar dan Pembangunan, Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri.


Kunjungan ini bertujuan memberikan penerangan menyeluruh mengenai bidang kepakaran UMPSA Holdings, meliputi Pengurusan Hartanah, Building Information Modelling (BIM), Pengurusan Fasiliti, serta teknologi E-Anfun yang dibangunkan oleh Synbion. Sesi ini turut membuka ruang perkongsian mengenai bagaimana penyelesaian dan teknologi ini boleh menyokong keperluan pihak kerajaan secara lebih efisien dan berimpak tinggi.


Lawatan ini menandakan langkah permulaan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Satu lagi sesi kunjungan susulan akan diadakan pada masa hadapan untuk memperincikan potensi kolaborasi dan perbincangan teknikal secara lebih mendalam.


UMPSA Holdings komited untuk terus menawarkan kepakaran, inovasi dan perkhidmatan profesional dalam usaha menyokong keperluan pengurusan aset dan pembangunan negara.



ree
ree

 
 
 

Comments


bottom of page