top of page

UMPSA Holdings Santuni Komuniti Melalui Program Sambutan Korban 2026/1447H

UMPSA Holdings telah menganjurkan Program Komuniti Sambutan Korban 2026/1447 Hijrah bersama Komuniti Taman Seri Mahkota Jaya Fasa 2 sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat dalam memperkukuh hubungan silaturrahim serta semangat kebersamaan dengan masyarakat setempat.



Program ini turut disertai oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, bersama pihak KRT Taman Seri Mahkota Jaya Fasa 2 yang diwakili oleh Pengerusi, Encik Mohd Narawi Hassan, serta warga kerja Kumpulan UMPSA Holdings.


Sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan dan hasil agihan daging korban disampaikan kepada golongan fakir dan miskin, masyarakat setempat serta warga kerja Kumpulan UMPSA Holdings sebagai usaha menyemai nilai keprihatinan, perpaduan dan semangat berkongsi rezeki sempena sambutan Aidiladha.


Selaras dengan aspirasi UMPSA Holdings, program ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan komuniti melalui pelaksanaan program yang memberi impak positif dan manfaat kepada masyarakat.




 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page