UMPSA Holdings & SPRM Perkukuh Integriti
- Edry Irman Izhar
- 5 hours ago
- 1 min read
Satu sesi libat urus telah diadakan antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang dan UMPSA Holdings pada 13 April 2026 sebagai platform perkongsian dalam memperkukuh amalan integriti dan tadbir urus organisasi.

Sesi ini memberi fokus kepada usaha mengenal pasti jurang penambahbaikan dalam proses kerja, kawalan dalaman serta amalan tadbir urus sedia ada, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti dan integriti.
Delegasi SPRM Negeri Pahang diketuai oleh Ps. Mohd Hasbullah bin Mohd Hassim bersama pegawainya KPKPs Nor Hasni Maria Binti Ab Rahim dan PKPs Siti Noorakmar Binti Saleh.
Manakala UMPSA Holdings telah diwakili oleh Barisan Pengurusan termasuk Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ts. Mohd Fadzil bin Mohd Idris, bersama pengurusan tertinggi lain iaitu Puan Ismawarni Binti Ismail, Ketua Bahagian Risiko, Integriti & Pematuhan dan Puan Nor Shalfikah Binti Abdul Majid, Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat beserta wakil Jabatan Integriti & Governans dan Jabatan Sumber Manusia.
Perbincangan turut menekankan keperluan memperkukuh kerangka integriti dan pematuhan secara lebih sistematik selaras dengan persekitaran operasi yang semakin kompleks.
UMPSA Holdings menzahirkan penghargaan atas kerjasama yang diberikan dan berharap agar lebih banyak sesi libat urus seperti ini dapat diteruskan bersama SPRM pada masa akan datang dalam usaha memperkukuh budaya integriti secara berterusan.
#UMPSAHoldings #UMPSAH #UMPSA #FadzilIdris #SPRM #Integriti #TadbirUrus #IntegrityMatters #CorporateGovernance







Comments