top of page

UMPSA HOLDINGS SUMBANG RM10,000 BAGI PROJEK PEMBINAAN JAMBATAN LALUAN PELAJAR KE MASJID AL-JAZARI, UMPSA PEKAN

10 minutes ago
1 min read

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (UMPSAH) telah menyumbangkan sebanyak RM10,000.00 bagi menyokong Projek Pembinaan Jambatan Laluan Pelajar ke Masjid Al-Jazari, UMPSA Pekan sebagai usaha membantu meningkatkan kebajikan dan keselamatan mahasiswa.


Pembinaan jambatan ini dijangka dapat memendekkan jarak perjalanan pelajar sehingga 60%, sekali gus memudahkan akses ke masjid dengan lebih selamat, khususnya pada waktu malam dan ketika musim hujan. Inisiatif ini turut diharap dapat menggalakkan penyertaan mahasiswa dalam solat berjemaah serta aktiviti keagamaan di masjid.


Sumbangan ini disampaikan menerusi penyerahan cek replika sempena Majlis Peluncuran Dapur Siswa MADANI di UMPSA Pekan yang turut dihadiri oleh Ke Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, serta YB Menteri Pendidikan Tinggi.


UMPSAH komited untuk terus menyokong inisiatif yang memberi manfaat kepada komuniti universiti, selaras dengan usaha memperkukuh kesejahteraan mahasiswa dan mewujudkan persekitaran kampus yang lebih selamat serta kondusif.






 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page