UMPSA Holdings Terima Kunjungan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di Hari TVET Negara 2026
- Edry Irman Izhar
- Jun 9
- 1 min read
Kumpulan UMPSA Holdings terus memperkukuh peranannya dalam memacu transformasi digital industri pembinaan negara menerusi penyertaan di Hari TVET Negara 2026 yang berlangsung di Dataran Putrajaya.

Reruai UMPSA Holdings menerima kunjungan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia serta YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara, yang meninjau pelbagai inisiatif dan pencapaian UMPSA Holdings dalam bidang Building Information Modelling (BIM) dan pembinaan digital.
Kunjungan tersebut disambut oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dr. Yatimah Alias, juga Pengarah, Pusat Inovasi & Pangkalan Ilmu Pemodelan Maklumat Bangunan merangkap Pengarah BIM Center UMPSA, Profesor Madya Dr. Ahmad Tarmizi Haron serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, yang telah berkongsi perkembangan perkhidmatan BIM yang dilaksanakan oleh UMPSA Holdings, termasuk potensi kolaborasi strategik bersama MARA dalam pelaksanaan projek pembangunan berasaskan teknologi BIM.
Building Information Modelling (BIM) merupakan pendekatan pengurusan maklumat pembinaan secara digital yang membolehkan integrasi data projek secara bersepadu sepanjang kitaran hayat pembinaan. Ia merangkumi proses perancangan, reka bentuk, pembinaan sehingga pengurusan aset, yang membantu meningkatkan kecekapan koordinasi, mengurangkan risiko pertindihan kerja serta mengoptimumkan kos pelaksanaan projek.
Kunjungan kepimpinan tertinggi negara ini mencerminkan keyakinan terhadap keupayaan UMPSA Holdings dalam menerajui pembangunan bakat, inovasi serta penyelesaian BIM yang menyokong agenda TVET dan transformasi digital Malaysia.
Kredit Gambar: UMPSA Malaysia














Comments