top of page

Bengkel Penyelarasan Projek UMPSA Holdings & UMPSA

UMPSA Holdings telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Projek bersama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks UMPSA Holdings. Bengkel ini bertujuan memperkukuh penyelarasan serta memastikan kelancaran pelaksanaan projek-projek semasa dan akan datang.



Sesi ini turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi UMPSA, antaranya Naib Canselor, YBhg. Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd. Rusllim bin Mohamed, Bendahari, YH Dato’ Zainudin bin Othman, Pendaftar, YH Dato’ Saiful Bahri bin Ahmad Bakarim, Penasihat Undang-Undang, Puan Marlina binti Mamat, Profesor Madya Dr. Saiful Anwar bin Che Ghani (Penyelidikan & Inovasi) serta Pengarah Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta, En. Izwan bin Ismail. Turut hadir ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris bersama barisan pengurusan kanan.


Sepanjang bengkel, perbincangan memberi tumpuan kepada status projek, penyelarasan operasi serta cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan kecekapan pelaksanaan. Sesi ini juga membuka ruang kepada pertukaran pandangan dalam memperkukuh kolaborasi antara kedua-dua pihak.


Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen UMPSA Holdings dalam memastikan setiap inisiatif dilaksanakan secara strategik, selaras dengan aspirasi universiti serta memberi impak positif kepada semua pihak berkepentingan.




 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebih Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

Off Jalan Chan Sow Lin,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page