top of page

DEWAN UMPSA HOLDINGS: LOKASI PILIHAN UNTUK PROGRAM LITERASI KEWANGAN IPTA (ANJURAN JABATAN INSOLVENSI & UMPSA)

UMPSA Holdings berbesar hati apabila Dewan Aras 2, Kompleks UMPSA Holdings dipilih sebagai lokasi acara Program Literasi Kewangan IPTA anjuran Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Pahang dengan kerjasama UMPSA pada 19 November 2025. Program ini menghimpunkan pelbagai pihak dalam usaha meningkatkan kesedaran kewangan mahasiswa dan masyarakat.



Majlis turut dihadiri tetamu kehormat seperti YH Dato’ Zaliza bin Zulkipli, Datuk Bandar Kuantan mewakili YAB Menteri Besar Pahang, Puan Azwanida Binti Affandi (Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia), Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman (TNC Akademik & Antarabangsa UMPSA), Puan Haryati Binti Abdullah (Pengarah Insolvensi Negeri Pahang) dan Puan Marlina Binti Mamat (Penasihat Undang-Undang UMPSA). Turut berlangsung sesi perkongsian oleh wakil daripada pihak Maybank, AKPK Kuantan bersama dengan personaliti media sosial Muhammad Noor bin Zakaria atau lebih dikenali sebagai Mad Noor, selain aktiviti interaktif seperti Kahoot, lawatan reruai dan penyampaian cenderahati.


Sebagai tuan rumah, UMPSA Holdings komited menyediakan fasiliti terbaik melalui dewan yang dilengkapi sistem PA, audio-visual, mikrofon, ruang VIP holding, susun atur fleksibel dan ruang berhawa dingin yang selesa. Ia sekali lagi membuktikan dewan ini sebagai pilihan ideal untuk seminar, bengkel dan majlis rasmi berskala besar.


Dewan Aras 2 di Kompleks UMPSA Holdings bertempat di Gambang kini dibuka untuk tempahan pada kadar RM 2,600.00 sehari atau RM 1,300.00 separuh hari, dengan kapasiti 250-300 tetamu dalam satu masa. Kami mengalu-alukan organisasi dan agensi untuk menggunakan fasiliti kami bagi penganjuran program mereka.


Untuk pertanyaan atau tempahan dewan, sila hubungi Encik Amirul Anuar di talian 09-431 4040 atau emel anuar@umpsaholdings.my




 
 
 

Comments


bottom of page