top of page

✨ EMPLOYEE SPOTLIGHT 2026: ENCIK NAZERI BIN AWANG

Di sebalik kebersihan dan keselesaan persekitaran kampus UMPSA Gambang, terdapat individu-individu yang bekerja keras setiap hari bagi memastikan segala urusan berjalan lancar. Pada edisi kali ini, kami berbangga menampilkan Encik Nazeri bin Awang, Pekerja Am (Pembersihan) di UMPSA Services Sdn. Bhd.



Berasal daripada keluarga peneroka FELDA yang berhijrah dari Yan, Kedah ke Pahang, Encik Nazeri membesar di Felda Lepar Hilir. Beliau kini telah berkhidmat bersama pihak UMPSA Services selama lebih lima tahun, bermula sejak 10 Januari 2021.


Setiap hari, beliau memulakan tugas seawal jam 7.00 pagi hingga 4.00 petang, dari Isnin hingga Jumaat. Antara tanggungjawab utama beliau termasuklah kerja-kerja pembersihan umum, penyentalan (scrubbing), menyuci karpet serta memastikan kebersihan di Zon C di UMPSA Kampus Gambang sentiasa berada pada tahap terbaik.


Sebelum menyertai UMPSA Services, Encik Nazeri pernah berniaga Laksa Penang di pasar malam. Namun kini, beliau memilih untuk terus menabur bakti dalam bidang perkhidmatan pembersihan dan amat menikmati rutin kerja harian yang memberinya lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga.


Menurut beliau, perkara yang paling disukai tentang pekerjaannya ialah suasana kerja yang seronok serta kehadiran rakan-rakan sekerja yang sentiasa prihatin. Walaupun tugasan harian mencabar tenaga fizikal dan berdepan cuaca panas, semangat kerjasama pasukan sentiasa menjadi kekuatan utama.


Antara kenangan paling manis sepanjang berkhidmat ialah apabila menerima inisiatif kenaikan gaji dan pemberian bonus, serta bantuan zakat yang jelas membuktikan kebajikan pekerja sentiasa diberi perhatian. Bagi beliau, nilai paling penting ialah kerjasama dan sikap tolong-menolong.


Di luar waktu bekerja, Encik Nazeri gemar meluangkan masa di ladang sawit dengan melakukan aktiviti mengait buah dan menguruskan kawasan ladang. Sumber inspirasi beliau datang daripada keluarga serta rakan sepasukan.


Terima kasih Encik Nazeri atas dedikasi bersama keluarga kumpulan UMPSA Holdings! 🌟




 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page