EMPLOYEE SPOTLIGHT 2026: Puan Noorleyana Mohamad Rani (Ketua Bahagian Kewangan UMPSA Holdings)
- Edry Irman Izhar
- 20 hours ago
- 1 min read
“Jangan pernah menyesali sehari dalam hidup kita. Hari-hari baik memberi kebahagiaan, manakala hari-hari buruk memberi pengalaman dan pengajaran,” ujar Puan Noorleyana Mohamad Rani atau Kak Yana, Ketua Bahagian Kewangan UMPSA Holdings.

Mula berkhidmat sejak Julai 2014, Kak Yana merupakan graduan Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Malaysia Terengganu. Sebelum menyertai UMPSA Holdings, beliau menimba pengalaman sebagai juruwang, guru sementara, di firma audit, dan Eksekutif Perakaunan di HICOM Automotive, anak syarikat DRB-HICOM selama enam tahun. Setiap fasa membentuk ketahanan diri, disiplin dan kematangan beliau.
Dalam bidang kewangan, Kak Yana mahir mengurus akaun penuh, pembayaran, pelaporan, dan operasi dari awal hingga akhir. Ketelitian itu terbawa dalam kehidupan harian, menjadikan beliau sangat berhati-hati dalam menguruskan kewangan, dan turut membimbing staf bawahannya.
Kenangan manis di UMPSA Holdings termasuk menyertai Karnival Sukan serta acara seperti bowling, badminton dan ping pong, sehingga digelar “Atlet UMPSAH”. Acara tradisi seperti bubur lambuk, makan malam dan potluck turut meninggalkan kesan manis, kerana suka duka bersama rakan sekerja membuatkan suasana kerja lebih bermakna.
Cabaran terbesar adalah membangunkan SOP, LOA dan tadbir urus dari awal, serta memastikan staf mematuhi sistem baru. Namun, beliau melihat setiap kesulitan sebagai peluang belajar dan membina budaya kerja berdisiplin.
Di luar kerja, Kak Yana gemar memasak masakan kampung, mempelajari urutan tradisional untuk wanita, dan aktiviti senaman seperti zumba dan aerobik. Jika tidak berada dalam bidang kewangan, beliau percaya mungkin menjadi seorang guru kerana perwatakannya yang pendidik.
Buat staf baru, beliau berpesan, “Berjalan sendirian mungkin membuatkan kita tiba lebih cepat, tetapi semangat kerja berpasukan membawa kita pergi lebih jauh.”
#UMPSAHoldings #UMPSAH #UMPSA #FadzilIdris #Synbion #EmployeeSpotlight #UMPSAHFamily #EmployeeAppreciation







Comments