top of page

Hi-Tea of Excellence UMPSA Services 2025

UMPSA Services telah menganjurkan Hi-Tea of Excellence 2025 pada 18 Disember di Dewan Aras 2, Kompleks UMPSA Holdings sebagai penghargaan khas kepada kakitangan atas sumbangan, dedikasi, dan komitmen sepanjang tahun, termasuk peranan mereka dalam Majlis Konvokesyen UMPSA 2025.



Ucapan pembukaan disampaikan oleh Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings, diikuti oleh Encik Hairuddin Idris, bekas Pengurus UMPSA Services, yang berkongsi pengalaman dan penghargaan kepada semua kakitangan. Majlis turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah dan sesi photobooth untuk merakam kenangan bersama.


Acara ini menjadi platform meraikan pencapaian kakitangan sambil memperkukuh semangat kerjasama, keterikatan, dan budaya kerja profesional di UMPSA Services. UMPSA Holdings mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kakitangan atas usaha dan komitmen mereka sepanjang 2025.




 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page