top of page

JANGAN BERHENTI JADI BAIK - Mengangkat Budaya Integriti di UMPSA Holdings

Pada 19 Ogos 2025 (Selasa), Kumpulan UMPSA Holdings telah berjaya menganjurkan Ceramah Integriti: Jangan Berhenti Jadi Baik, yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Sabri bin Mohamed yang merupakan Ketua Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak dan juga Presiden Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah (ACeIO).


Program ini bukan sekadar sebagai sesi ceramah mahupun perkongsian, tetapi sebuah ruang refleksi bersama untuk mengingatkan kita bahawa integriti bukanlah pilihan sampingan, tetapi asas kepada setiap keputusan dan tindakan kita.


ree

Kami percaya bahawa “Jangan Berhenti Jadi Baik” bukanlah sekadar sebuah tema ceramah, tetapi merupakan seruan untuk kita semua di UMPSA Holdings agar terus mengekalkan nilai kebaikan dan integriti dalam setiap aspek kerja dan kehidupan.


Terima kasih kepada semua warga syarikat yang hadir dan menjayakan program ini. Mari kita bersama-sama memastikan integriti bukan sekadar slogan, tetapi realiti dalam budaya kerja kita.



ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree

 
 
 

Comments


bottom of page