JEREBU: JAGA KESIHATAN ANDA

Kualiti udara yang tidak sihat akibat jerebu boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan kita. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi diri daripada kesan jerebu.
Antara langkah yang boleh diamalkan termasuk memakai pelitup muka yang sesuai apabila perlu berada di luar, minum air secukupnya untuk kekal terhidrat serta mengurangkan aktiviti luar sekiranya kualiti udara tidak sihat.
Orang ramai juga disarankan untuk sentiasa menyemak bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini melalui saluran rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan maklumat dan mengambil tindakan sewajarnya.
UMPSA Holdings sentiasa menggalakkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan mengamalkan langkah pencegahan demi kesejahteraan bersama.



Comments