top of page

KERJASAMA STRATEGIK UMPSA HOLDINGS DAN DESCALE GREEN SOLUTION BERSAMA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

UMPSA Holdings dan Descale Green Solution Sdn. Bhd. telah mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi membincangkan kerjasama strategik ke arah memasarkan produk hijau inovatif ke semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah KBS.


ree

Kerjasama ini diyakini mampu membuka ruang pasaran yang lebih luas, selain menyokong agenda kelestarian negara dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui teknologi mesra alam.


Sesi ini turut dihadiri oleh Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings; En. Sa'udin Sulong, Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan Strategik; En. Alif Falatin Abd Latif, Ketua Bahagian Projek dan Operasi UMPSA Holdings; En. Pow Siong Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Descale Green Solution; En. Aaron Ho, Pengurus Besar Descale Green Solution; dan En. Mohammad Shafiq Sabri, Eksekutif Jualan Descale Green Solution.


ree
ree

UMPSA Holdings meletakkan harapan agar kolaborasi ini menjadi pemacu kepada pembangunan industri hijau serta memberi manfaat strategik kepada semua pihak berkepentingan.



 
 
 

Comments


bottom of page