Kolaborasi Strategik Tingkatkan Kualiti Jalan Kampus UMPSA
- Edry Irman Izhar
- 11 hours ago
- 1 min read
Satu sesi perbincangan telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah dan Galian Kuantan yang melibatkan UMPSA Holdings bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) serta pihak Pejabat Tanah dan Galian Kuantan.

Perbincangan ini memfokuskan kepada status semasa serta aspek penyelenggaraan jalan di dalam kawasan kampus UMPSA Gambang. Ia bertujuan untuk memastikan infrastruktur jalan sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan selesa digunakan oleh warga kampus serta pihak berkepentingan lain.
Melalui sesi ini, setiap pihak berkongsi pandangan dan maklum balas teknikal bagi memperkukuhkan koordinasi serta mempercepatkan tindakan susulan yang diperlukan. Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen berterusan dalam meningkatkan kualiti kemudahan dan persekitaran kampus secara menyeluruh.
#UMPSAHoldings #UMPSAH #FadzilIdris #Synbion #UMPSA #UMPSAGambang #Pahang1st #PejabatTanahGalianKuantan #JabatanKerjaRaya #MajlisBandarayaKuantan





Comments