Kumpulan UMPSA Holdings Mengucapkan Salam Takziah atas Pemergian Allahyarham Haji Ishak bin Musa
- Edry Irman Izhar
- 1 hour ago
- 1 min read
Kumpulan UMPSA Holdings dan seluruh warganya mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarham Haji Ishak bin Musa, ayahanda kepada YBhg. Prof. Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UMPSA Holdings Sdn. Bhd.

Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada 27 Julai 2026. Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa-dosanya, melapangkan kuburnya serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian serta kehilangan yang amat besar ini.
