top of page

Kunjung Hormat UMPSA Holdings ke Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia

UMPSA Holdings telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) di Pejabat Jabatan Pembangunan Kemahiran, Putrajaya bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), perundingan kejuruteraan serta pembangunan pensijilan berasaskan industri.



Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada hala tuju strategik syarikat-syarikat di bawah UMPSA Holdings termasuk UMPSA Services, UMPSA Technology, Synbion, UMP Green Technology dan UMPSA Consultancy, khususnya dalam memperkukuh kepakaran berkaitan perundingan teknikal, Building Information Modeling (BIM) serta pembangunan latihan teknikal berimpak tinggi.


Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk pelaksanaan latihan dan pensijilan BIM, program SKM secara modular dan berasaskan industri, pengiktirafan pengalaman terdahulu (PPT), serta potensi pembangunan latihan teknikal dalam sektor penerbangan dan maritim menerusi aspirasi Mobility Faculty UMPSA. Selain itu, turut dibincangkan potensi kerjasama dalam menjadikan UMPSA Consultancy sebagai Pusat Bertauliah (PB) dan Pusat Penilaian (PPA) bagi BIM serta bidang teknikal lain selaras dengan peningkatan permintaan terhadap tenaga kerja mahir dan profesional bertauliah.


Delegasi UMPSA Holdings diketuai oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris. Manakala delegasi JPK diwakili oleh Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman Hj. Md. Ali dari Pejabat Ketua Pengarah, Dalila Sharingat dari Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pengurusan, serta Ts. Azman Ibrahim, Pengarah Bahagian Pentauliahan (BPT).


Kunjung hormat ini mencerminkan komitmen UMPSA Holdings dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik industri, memperkasa pembangunan TVET negara serta memperluaskan inisiatif latihan teknikal berimpak tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa.




 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page