KUNJUNGAN HORMAT GCEO UMPSA HOLDINGS KE PEJABAT NAIB CANSELOR UMPSA
- Marketing & Communication
- Jul 30
- 1 min read

Ketua Pegawai Eksekutif UMPSA Holdings telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Naib Canselor UMPSA Malaysia.
Pertemuan diantara Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, Ketua Pegawai Eksekutif UMPSA Holdings dan Profesor Dr. Yatimah Binti Alias, Naib Canselor UMPSA telah membincangkan halatuju strategik universiti serta peluang kerjasama antara UMPSA dan UMPSA Holdings, termasuk inisiatif memperkukuh sinergi antara anak syarikat, universiti dan kementerian dalam bidang baharu seperti maritim, automotif (EV), aeroangkasa, TVET, penginapan pelajar, perundingan serta teknologi.

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri serta peranan sebagai Profesor Adjung di Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dan Lembaga Tadbir Urus di sebuah Universiti Swasta, Ts. Mohd Fadzil turut menzahirkan komitmen untuk menyokong aspirasi UMPSA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui kepakaran serta jaringan strategik industri yang dimiliki.
Comments