KUNJUNGAN HORMAT MUIP HOLDINGS KE UMPSA HOLDINGS
- Edry Irman Izhar
- 8 hours ago
- 1 min read
UMPSA Holdings telah menerima kunjungan hormat daripada MUIP Holdings yang berlangsung di Kompleks UMPSA Holdings, Gambang.

Delegasi MUIP Holdings diketuai oleh Encik Rizal Haji Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MUIP Holdings bersama barisan pegawai pengurusan yang lain. Kehadiran delegasi disambut oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris bersama pihak pengurusan kanan UMPSA Holdings.
Kunjungan tersebut menjadi platform kepada sesi perbincangan strategik melibatkan potensi kerjasama antara kedua-dua organisasi dalam pelbagai bidang yang berpotensi untuk diterokai secara bersama.
Dalam sesi tersebut, kedua-dua pihak turut berkongsi maklumat berkaitan struktur organisasi serta pengoperasian anak-anak syarikat masing-masing, di samping bertukar pandangan mengenai peluang kerjasama yang mampu memberikan nilai tambah kepada kedua-dua institusi.
UMPSA Holdings merakamkan penghargaan atas kunjungan yang diadakan dan berharap hubungan profesional yang terjalin dapat diperkukuhkan melalui pelaksanaan kerjasama strategik pada masa akan datang.
#UMPSAHoldings #UMPSAH #FadzilIdris #UMPSA #MUIP #MUIPHoldings #KolaborasiStrategik #KunjungHormat #Pahang1st










Comments