top of page

KUNJUNGAN HORMAT UMPSA HOLDINGS KE PEJABAT HALIM MAZMIN GROUP

11 minutes ago
1 min read

UMPSA Holdings telah mengadakan satu sesi kunjungan hormat ke Pejabat Halim Mazmin Group bersama Pengerusi Eksekutif Halim Mazmin Group, YBhg. Tan Sri (Dr.) Halim Mohammad.


Kunjungan ini diwakili oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, serta Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan Strategik, Dato' Sri Dasyarina Sarilah Daud.


Sesi ini menjadi platform terbaik untuk memperkukuh hubungan strategik, bertukar pandangan serta meneroka peluang kerjasama dalam bidang perniagaan, pembangunan projek dan perkhidmatan.


Melalui perbincangan ini, kedua-dua pihak melihat potensi besar dalam memperluas jalinan kerjasama strategik demi memacu pembangunan perniagaan dan pertumbuhan industri secara mampan.


UMPSA Holdings sentiasa komited untuk meneroka potensi kerjasama industri serta memperkasakan inovasi dan teknologi demi kemajuan bersama.



 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page