Kunjungan ke Pejabat EXCO Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang
- Edry Irman Izhar
- 1 hour ago
- 1 min read
UMPSA Holdings telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat EXCO Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), Kuantan. Kunjungan ini telah diwakili oleh Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris.

Sesi pertemuan ini telah disambut oleh YB Dato' Mohamad Nizar Dato' Sri Mohamad Najib, EXCO Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang.
Perbincangan berlangsung secara konstruktif dengan fokus kepada pembangunan pelaburan, industri serta inisiatif berasaskan teknologi dan inovasi di Negeri Pahang.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan UMPSA Holdings dalam memperkukuh hubungan strategik bersama kerajaan negeri serta menyokong agenda pembangunan ekonomi yang mampan dan berimpak tinggi.



Comments