Kunjungan UMPSA Holdings di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan
- Edry Irman Izhar
- 2 days ago
- 1 min read
UMPSA Holdings telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan dan mengadakan sesi perbincangan bersama Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Dr. Nurul 'Ain binti Ahmad serta Timbalan Pengarah (Regulatori), Dr. Raghinhy A/P Mohana Dass.

Delegasi UMPSA Holdings diwakili oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris bersama wakil-wakil anak syarikat.
Antara perkara yang dibincangkan adalah pelaksanaan projek kajian berkaitan bau dan kualiti sungai di kawasan sekitar ladang ayam di Negeri Sembilan. Perbincangan ini membuka ruang kepada penerokaan penyelesaian berasaskan penyelidikan dan teknologi bagi menyokong pemantauan alam sekitar yang lebih mampan.
Kunjungan ini turut memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua pihak serta membuka peluang kerjasama berterusan melibatkan universiti, industri dan agensi kerajaan demi pembangunan penyelidikan dan inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat.
#UMPSAHoldings #UMPSAH #FadzilIdris #DVSNegeriSembilan #JabatanPerkhidmatanVeterinar #KolaborasiStrategik #KunjungHormat





Comments