top of page

LATIHAN PENGOSONGAN BANGUNAN (FIRE DRILL) KOLEJ KEDIAMAN 1, UMPSA GAMBANG⁣


Alhamdulillah, Latihan Pengosongan Bangunan (Fire Drill) di Kolej Kediaman 1, UMPSA Gambang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 11 Jun 2025.⁣


Program ini dianjurkan oleh Unit Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (KKP) UMPSA Holdings dengan kerjasama pihak keselamatan (BKES) dan pengurusan kolej kediaman 1 bagi meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan penghuni menghadapi kecemasan seperti kebakaran dan sebagainya. Program ini bermula dari pukul 9.30 malam sehingga pukul 11.00 malam, dan disertai oleh 250 orang peserta.⁣



Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings, En. Abdul Fauzi Bin Japar sebagai tanda sokongan terhadap keselamatan warga kampus kolej kediaman 1, UMPSA Gambang.⁣

Keselamatan anda, keutamaan kami. 💪⁣

 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page