top of page

Latihan Pengosongan Bangunan (Fire Drill) oleh Unit KKP, UMPSA Holdings

Unit Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (KKP) UMPSA Holdings telah melaksanakan Latihan Pengosongan Bangunan (Fire Drill) di Kolej Kediaman 1, UMPSA, dengan kerjasama PEKA KK1.



Latihan ini memberi tumpuan kepada prosedur asas kecemasan, termasuk pengaktifan loceng amaran, pengosongan bangunan secara teratur, serta perhimpunan di kawasan yang telah ditetapkan.


Program turut disediakan dengan sesi taklimat oleh wakil Unit KKP UMPSA Holdings, diikuti ucapan daripada Pengetua Kolej Kediaman 1, Ts. Dr. Yusnita Muhamad Noor, serta sesi soal jawab bersama pelajar bagi meningkatkan kefahaman mengenai tindakan yang perlu diambil semasa kecemasan.


Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan seluruh warga kampus sentiasa peka dan bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan.




 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebih Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

Off Jalan Chan Sow Lin,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page