Lawatan Strategik UMPSA Holdings ke RISDA
- Edry Irman Izhar
- Jun 30
- 1 min read
UMPSA Holdings telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat RISDA, Kuala Lumpur sebagai usaha memperkukuh jaringan strategik serta meneroka peluang kerjasama yang mampu memberikan nilai tambah kepada kedua-dua organisasi.

Delegasi UMPSA Holdings diketuai oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, bersama barisan pengurusan kanan. Lawatan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi amalan terbaik serta memahami pendekatan yang dilaksanakan oleh RISDA dalam memperkasa organisasi dan penyampaian perkhidmatan.
Sesi ini turut membuka ruang kepada perbincangan mengenai potensi kolaborasi strategik dalam pelbagai bidang yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, selaras dengan aspirasi memperkukuh hubungan antara institusi serta memacu pembangunan yang mampan.
UMPSA Holdings merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak RISDA atas sambutan mesra dan kesudian menerima kunjungan ini. Semoga hubungan yang terjalin menjadi asas kepada lebih banyak inisiatif kerjasama yang berimpak tinggi pada masa hadapan.
#UMPSAHoldings #UMPSAH #FadzilIdris #UMPSA #HalimMazmin #UMPSAHKL #UMPSAKLOffice #RISDA #KolaborasiStrategik #MalaysiaMADANI









Comments